skip to main | skip to sidebar

Pages

  • Home
  • Tokku Paloh
  • Tokku Pulau Manis

Sekadar Contengan

Bila susah tiada gelisah, Bila miskin SYUKUR pada Tuhan, Bila sakit tiada resah di jiwa Bukankah Tuhan telah berfirman Ketahuilah dengan MENGINGATI ALLAH Jiwa kan menjadi TENANG [MATI itu PASTI, HIDUP... insyaALLAH!]

Muhasabah

"Payah sekali melakukan kebaikan pada 4 tempat:
1. memberi maaf ketika marah
2. bersedekah ketika kesempitan
3. menjauhi perkara mungkar ketika seorang diri
4. berkata benar kepada orang yang ditakuti atau orang yang selalu menolong
-Saidina Ali KW-

"Beruntunglah sesiapa yang sibuk dengan ke'aiban dirinya berbanding ke'aiban orang lain"

"Carilah pengi'tirafan penghuni langit biarpun dihina seluruh makhluk di bumi." - al-Faqir Tokku

"Jangan sedikit pun kamu merasakan bahawa kamu lebih baik dari seseorang yang lain kerna hal yang sedemikian menjadikan kamu adalah orang paling HINA pada pandangan ALLAH."

"Jika kamu lupakan 2 perkara dan sentiasa ingat 2 perkara nescaya kamu akan mendapat kebahagiaan hidup.
LUPAKAN
* Kebaikan kita kepada orang.
* Keburukan orang kepada kita.
SENTIASA INGAT
* ALLAH.
* Hari Akhirat."

Sek Bolotz

Sek Bolotz

Top 5 Posts

  • Sambutan Tahun Baru Alternatif
    Selamat tinggal 2011. Selamat datang 2012. Trio Anak Tranung menggegar Dataran Kemerdekaan Shah Alam ( Ust Azhar al-Idrus + Ust Syed ...
  • Khaled Said Died, but Egyptians Alive
    Source: Khaled… A story of many Egyptians   Khaled Said, a 28-year-old Egyptian from the coastal city of Alexandria, Egypt, was tortured...
  • Ekor Harimau Malaya
    Malaysia! Tanah Tumpah Darahku! Dulu, Korea Selatan dan Arsenal mampu kita tewaskan. Kejayaan 2 kali layak ke Sukan Olimpik iaitu pada tahu...
  • 1 Bayi, 1 Hari
    Tahun baru, 2011 baru memasuki hari ke 14. Masih segar dengan azam baru yang dilafazkan pada malam tahun baru. Segala macam azam terpasak te...
  • Pelajar UTP maut kereta dinaiki bertembung di Gua Musang
    [UPDATE] GUA MUSANG: Seorang penuntut Universiti Teknologi Petronas (UTP) Tronoh, Perak, maut, manakala seorang lagi cedera parah, dan ti...

Demi Masa

Pemantau

Sembang Mahabbah

13th Legacy

  • Wan Thohirah
    ShowYourBIZIDea with biz.id Domain, Bangun Bisnismu dengan Domain biz.id
    1 year ago
  • Izaidah Ishak
    JANUARI 2017
    8 years ago
  • Ahmad Syahid
    Adab Majlis Ilmu
    8 years ago
  • Amalina Mohd Daud
    Dr Azizan buat Kepala Saya Meletup
    9 years ago
  • Adilah Rafi'ah
    Happy birthday
    9 years ago
  • Syuhada Azhar
    houseman yang tersakiti
    9 years ago
  • Syahmi Fikri
    Pengalaman Second Pro Exam MBBS
    10 years ago
  • Aizat Azam
    KESILAPAN MENDIDIK ANAK KECIL MEMBUAT IBUBAPA MERANA SEUMUR HIDUP
    10 years ago
  • Syaheeda Azhar
    cerita pregnant part 1
    10 years ago
  • Ain Haja
    Sssshhhh.... It's my secret @_@
    11 years ago
  • Liyana Noordin
    No Tittle
    11 years ago
  • Shahira Ismail
    Serotonin!
    11 years ago
  • Sarah Zarawi
    Isteri Cerdik yang Solehah
    11 years ago
  • Syazwani Yaacob
    REACHING 22 WEEKS ^_^,
    11 years ago
  • Afizul Yusoff
    I'm waiting for that day !!!
    12 years ago
  • Nadiah Suleiman
    ~ Angkuh! ~
    12 years ago
  • Nur Jawahir
    Sembang pagi
    13 years ago
  • Fatin Ismail
    Paediatrics is an Art!!
    13 years ago
  • As'ad Husnan
    Dakwah adalah cinta.
    13 years ago
  • Hashima Wahab
    Kenapa kena jadi Murabbi??
    13 years ago
  • Azlan Fazly
    "There's a lady behind every powerful man"
    13 years ago
  • Asyraf (kacap)
    road to final
    14 years ago
  • Nazir Hairi
    1st professional EXAM..
    14 years ago
  • Che Aidil Idura
    Terapi exam
    14 years ago
  • Aishamudin
    Epistaxis = Hukum darah wanita
    14 years ago
  • Izzudin (dr green)
    Aku Terima Nikahnya Dengan Pinky D, Dengan Mas Kahwin Sebanyak Yang Tersebut...
    14 years ago
  • Hanis Abd Rani
    Nukilan Hati : Kagum dengan seseorang ni!
    14 years ago
  • Naurah Ramli
    SALAM RAMADHAN
    14 years ago
  • Hanis Anati
  • Husna Hazim
Show 5 Show All

Boy-friends

  • Hanifi Che Ibrahim
    Sekian Lama
    4 months ago
  • Hazwan Arif [Beliau]
    Cara Pembelian Emas Public Gold
    3 years ago
  • Abdurrahman al-Azmi
    3 Peringkat Yang Akan Dilalui oleh Penuntut Ilmu
    7 years ago
  • Nuruddin Mohamad
    Nota Buat Guru 18
    8 years ago
  • Majdi Nadwan
    Aku mendung.
    9 years ago
  • Wan Mohd Syafiq
    Dosa Seorang Rokes.
    10 years ago
  • Bukhari Ismail
    Ustaz Azhar Idrus - Solat Dalam Kenderaan
    10 years ago
  • Murtadha Rafaai
    Promotion | Muslim Wedding Photography Based in Kuching ( Borneo )
    11 years ago
  • Naim Rahim
    I'M BACK
    11 years ago
  • Eikhwan Ali
    IR., DR. & TUAN GURU
    12 years ago
  • Zulkarnain
    CATATAN 12: BELAJAR BERLAPANG DADA DARIPADA NABI YUSUF A.S.
    12 years ago
  • Afif Rabbani [Abe]
    KEHEBATAN TA'ARUF AL-USTAZ DAKWAH FARDIYYAH
    12 years ago
  • Ameerul Khalid
    Bebudak ni x pandai baca ke guano...?..
    12 years ago
  • Wan Misuari
    Royalti: Kenapa menjelang pilihan raya?
    12 years ago
  • Syed Fadli
    Pilihanraya Presiden: Melakar Masa Depan Baru Mesir
    13 years ago
  • Sharif Ahmad
    Model Unit Disiplin Kejohanan Sukan Universiti
    13 years ago
  • Rayyan
    Leave the PAST in the PAST
    13 years ago
  • Angah Tokku
    Seksualiti Merdeka: 21 Tribulasi dan Agenda Yahudi
    13 years ago
  • Azhar Zakaria [Cak]
    Manusia dan Ramadhan
    13 years ago
  • Ku Faiz
    Wasiat Al Allamah Alhabib Umar Bin Hafidh Dalam Menghadapi Bulan Ramadhan
    13 years ago
  • Badruddin
    moved
    14 years ago
  • Abdul Rahman Fauzi
    Yang terakhir...
    14 years ago
  • Imran Ahmad
    Tadabbur KalamuLlaah (1)
    14 years ago
  • Muntaqim
    Masih Tiada Perkembangan Rundingan Palestin-Israel
    14 years ago
  • Nik Asyraf
  • 'Abdurrahman [Demang]
  • Hisyam Ahmad
  • Hakimi Ahmad
  • Hilmi Hamdan
Show 5 Show All

Girl-friends

  • Huda Idris
    I’m back on 2020!!
    5 years ago
  • Izzah + Imran
    SPA, MMC, KKM dan PTM
    10 years ago
  • Rusyda
    12 Feb '15
    10 years ago
  • Aisyah Yusoff
    ..Seratus ringgit kita dan seratus ringgit dia..
    10 years ago
  • Fatimah Sulaiman
    Kalaulah bukan kerana cinta..
    10 years ago
  • Farihah Abdullah
    RAWAT DEMAM TANPA DADAH
    10 years ago
  • Husna Izzati
    PRP 1st station: UPB
    11 years ago
  • Maziah Ghani
    Diari hati: 31 MEI 2013
    12 years ago
  • Wan Sufiah
    Ikhlaskah kita?
    12 years ago
  • Raihan (ang)
    Mini Gathering: Lady's Night.
    12 years ago
  • Munirah Abd Rashid
    JUBAH/ABAYA MESIR : PRE ORDER SEPTEMBER
    12 years ago
  • Nurul Mutmainnah
    Kita Masih Seorang Hamba..
    12 years ago
  • Munirah Yusof
    Tanbihul Ghafilin (Peringatan bagi yang lupa)
    12 years ago
  • Aisyah Mohd Noor
    UJIAN SELEPAS KEMENANGAN
    12 years ago
  • Hazirah Ali
    l:JEALOUS:l
    13 years ago
  • Nurussolehah
    Exam Oh Exam..!
    14 years ago
  • Anis Nadia
    MA'ANNAJAH FIL IMTIHAN.. Rabbana yassir umurana
    14 years ago
  • Nik Atikah
    Bingkisan pesanan untukku di hari muka...=)
    14 years ago
  • Baiti Solehah
  • Syafiqa IPG
  • Nazirah Wahab
  • Umi Nur
Show 5 Show All

Labels

  • 13th Legacy (16)
  • Agama (17)
  • Buku (12)
  • Contengan (25)
  • Isu semasa (20)
  • Memori (12)
  • Program (13)
  • Promo (13)
  • Sambutan (12)
  • Tazkirah (14)

Pelawat ke

Free Hit Counter
Free Counter

Kembara Ukhuwwah

Hujung minggu baru-baru ni, aku berjaya laksanakan 4 misi yang bermatlamatkan satu perkara yang sama iaitu UKHUWWAH dalam tempoh 24 jam. Seolah-olah sambil menyelam minum air, menangkap ikan dan makan ikan tersebut.Fuh.

Misi pertama
Singgah sebentar di CFS, PJ. Sempat jumpa beberapa orang junior. Sedih dan terkilan pabila mendengar cerita daripada Pak Cik Pian perihal student CFS sekarang ni. Semakin jauh dari landasan Islam sebenar. Berubahlah wahai adik-adik.

Misi kedua
Bilik 4.5 Mahallah Farouq di UIA Gombak menjadi bilik tumpangan kami. Sambutan dan layanan yang diberikan oleh warga Gombak memang superb. Pukul 2 pagi menggoreng nasi untuk tetamu. Terharu dibuatnya.

Misi ketiga (Misi utama)
Pagi-pagi lagi, kami dah bertolak ke Shah Alam dan tiba 30 minit lebih awal daripada pengantin. Kira-kira pukul 11.40 pagi, teman sebilikku telah sah menamatkan zaman bujangnya. Alhamdulillah! Tahniah!

Selamat Pengantin Baru Aizat Azam & Syaheeda Azhar

Misi keempat
Dalam melaksanakan 3 misi utama, secara tidak langsung terlaksana misi keempat. Ukhuwwah antara 7 ahli kembara bertambah baik. Aku pernah terdengar dan terbaca statement, cara yang paling efektif untuk mewujudkan ukhuwwah adalah musafir bersama. Dan sekarang cara tersebut memang terbukti berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan aku ucapkan kepada junior di CFS kerana sudi meluangkan masa bersembang denganku. Kepada sahabat-sahabat di Gombak, terima kasih kerana sudi membenarkan kami bermalam. Terima kasih juga diucapkan kepada pemilik TAV 8411 kerana membenarkan kami menggunakan kereta untuk ke Shah Alam. Ampun turut dipinta kepada sahabat-sahabat yang tidak sempat kutemui, kujumpa.

Moral of the story
Amatlah perlu untuk meraikan hari penting dalam hidup sahabat. Sebagai contoh ulang tahun kelahiran dan walimah. Dengan asbab sedemikian, ukhuwwah yang dibina dengan sahabat bertambah mekar dan kuat. Ini bukan teori atau fantasi semata tapi realiti kerana aku sendiri mengalaminya.

Ketika di CFS, budaya menyambut birthday di kalangan sahabat sangat ditekankan sehingga sampai satu tahap tertubuhnya 1 team khas untuk menguruskan hal ehwal sambutan birthday. Hasilnya aku dapat rasakan hubunganku dengan sahabat yang terlibat semakin rapat, makin akrab. Tidak percaya? Cuba sendiri. Nescaya anda akan dapat merasai natijahnya.


~Sekadar Contengan~
3 orang berkata-kata
Labels: Brethren 13, CFS, Contengan, Gombak

Kehilangan

Kehilangan 1
Akibat berkelajuan tinggi ketika cuaca tidak mengizinkan.


Kehilangan 2
Al-Fatihah untuk tokki sebelah ayahku, Awang b Abdullah (72 tahun) yang kembali ke rahmatullah tengah hari Selasa, 27 Oktober 2009. Semoga rohnya di sana ditempatkan bersama para solehin. Ameen.

Al-Fatihah!

~Sekadar Contengan~
0 orang berkata-kata
Labels: Contengan

Supporting Muslim Product

Jom pakat serbu

Jika bukan kita yang menyokong produk Muslim, siapa lagi?
Sama-sama kita kuatkan kembali ekonomi umat ISLAM
0 orang berkata-kata
Labels: IMC, Promo

Sebat Kerana Arak: Adilkah?


Isu hukuman sebat ke atas model Kartika Sari sehingga kini menjadi isu yang hangat diperdebatkan. Segalanya bermula apabila Kartika dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan selepas mengaku bersalah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai tahun lalu. Isu yang mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat ini turut membawa kepada campur tangan beberapa badan bukan kerajaan (NGO). Ada yang beranggapan Kartika harus disebat. Tidak kurang juga yang membantah sekeras-kerasnya dengan alasan hukuman tersebut kejam, tidak adil dan menindas golongan wanita.

Maka,bertitik-tolak dari polemik yang tercetus, Kelab Profesional Hufaz (PROFAZ) mengambil inisiatif untuk mengajurkan satu wacana ilmiah khas yang bertajuk “Sebat Kerana Arak: Adilkah?”. Diskusi ini akan diadakan pada 22 Oktober 2009 bertempat di Auditorium Utama Kuliyyah of Medicine ini bakal menyaksikan pertembungan dua mata beberapa ahli panel terkenal antaranya Ustaz Nasarudin Hassan At-Tantawi (Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat) dan wakil Sister In Islam (SIS) serta 2 lagi panelis. Nak tahu lebih lanjut?


Semua dijemput hadir!!!

~Sekadar Contengan~
3 orang berkata-kata
Labels: Agama, IMC, Isu semasa, Program, Promo

Jelajah 'Eidul Fitri

Penat dan letih tapi agak puas hati. Konklusi yang dapat aku buat sepanjang 2 minggu di bulan Syawal. Banyak rumah sahabat-sahabat yang sempat di ziarahi. Meskipun tidak semua. Semoga ukhuwwah yang terbina antara kita akan terus dan terus kekal hingga ke syurga. Bertemu dan berpisah kerana ALLAH. InsyaALLAH.

Tidak berdaya aku coretkan segala yang berlaku. Gambar-gambar di bawah adalah summary jelajah selama 2 minggu. Tiada yang istimewa, cuma kenangan bagi diriku.

Akhir kalam, ampun maaf dipinta daripada tuan rumah andai kelakuan aku dan rakan-rakan sebagai tetamu agak terover (mapuh memapuh, pakoh memakoh) hinggakan mengguris perasaan tuan rumah. Halalkan segala makan minum.

Raya ke 2,3,4
"1,2,3,4......eh,bukan 5 ke?"
SHAMS

Raya ke-4
"acara tahunan di Kampung Laut"
BBQ Raya

Raya ke-5
"Cg Math & BM yang banyak membantuku"
SK Paloh

Raya ke-8
Brethren 13

Raya ke-15
UIA

"syukran jazilan sahabat"

~Sekadar Contengan~
2 orang berkata-kata
Labels: Brethren 13, IMC, Sambutan, SHAMS

Salam 'Eidul Fitri 1430

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahhilhamd.

Alhamdulillah, berkahir sudah pengajian kita di universiti Ramadhan tahun ini. Moga ALLAH menerima kita lagi sebagai pelajar di universiti Ramadhan mendatang. Kuharap moga roh Ramadhan akan terus mekar dalam diri sepanjang 11 bulan yang bakal dihadapi.


Pada hari mulia ini, aku/saya/ana ingin memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kuku kaki atas segala kesalahan dan keterlanjuran selama ini. Mungkin ini Ramadhan terakhir untuk diriku. Mungkin ini Syawal terakhir untuk diriku. Mungkin juga salam ku yang terakhir. Maafkanku. Selamat Hari Raya 'Eidul Fitri. Maaf Zahir dan Batin ditujukan khas kepada:-

Ahli keluarga

Warga PASTI as-Sabiqun

Warga SK Paloh

Warga SMKA Sheikh Abdul Malek

Warga UTP

Warga CFS IIUM

Warga IIUM Kuantan Campus

Pembaca blog Sekadar Contengan

Sahabat-sahabat seantero dunia yang mengenali diriku


Kullu 'aam Waantum Bikhoir.
Taqabbalallahu Minna Wa Minkum Taqabballah Ya Karim.





P/s: Untuk makluman, cuti rayaku bakal berakhir 26 September 2009. Jemput datang ke teratakku di Paloh ni selagi mana aku berada di rumah. Sila mesej@call sebelum datang yer. :D

~Sekadar Contengan~
0 orang berkata-kata
Labels: Sambutan

Kegagalan Pertama

Kegagalan. Suatu perkara yang tidak diingini oleh semua orang. Jauh berbeza dengan kejayaan yang didambakan oleh setiap orang. Namun, kadang-kadang kegagalan juga perlu hadir dalam hidup untuk menambah pengalaman hidup.

22 Ogos 2009

137 orang pelajar 'menguarantinkan diri' setelah menghidap Severe Acute MINITEST Syndrome (SAMS). Bertungkus lumus mengkhatamkan bacaan nota yang berlambak-lambak. Menghadam dan menghafal point-point penting yang bertimbun-timbun. Letih.


5 September 2009

Keputusan yang dipaparkan amat mengejutkan. Tidak sampai separuh yang lulus. Juga agak ramai top student kecundang kepada sistem minus marking. Sistem yang tidak pernah didedahkan selama 2 tahun berada di matrik. Tempoh 80 minit untuk menjawab 40 soalan (200 soalan kecil) kurasakan mencabar.

Kepada yang berjaya, sekalung TAHNIAH diucapkan. Namun kepada yang kurang berjaya, terima kegagalan tersebut seadanya. Redho.

Bagaimana keputusanku? Seperti dijangka. FAIL. Tiada kejutan bagiku. Memang setimpal dengan usaha last minuteku.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


"Dalam kita melangkah, terkadang diuji dengan ujian yang terasa berat hingga kita terduduk dan menangis. Tapi ketahuilah dan renungilah kembali ke dalam diri kerana mungkin air mata tika itu hadir kerana Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak lantaran ada langkah-langkah yang tersasar dari KEIKHLASAN. Semoga kita tabah dan ditetapkan IMAN. Ingatlah, KESENANGAN bukanlah ganjaran dan KESUSAHAN bukanlah hukuman. Sama-samalah BERMUHASABAH DIRI"

~Sekadar Contengan~
0 orang berkata-kata
Labels: Brethren 13, IMC

Menghampiri Penghujung

Sebermulanya kisah, di sebuah negara yang aman dan makmur, tinggal seorang sultan yang adil dan baik hati. Sultan ini mempunyai 12 istana berbilik 30 setiap satu. Penuh harta di dalamnya. Setiap tahun Sultan telah memperuntukkan satu istana yang paling besar untuk digeledah oleh rakyat jelata. Hanya sebilik boleh digeledah dalam tempoh sehari semalam. Jika rakyat itu rajin berusaha, maka beruntunglah kerana bertimbun-timbunlah ganjaran yang diperoleh. Jika malas, maka kosonglah hasilnya dan termasuk dalam golongan yang rugi.
[Perumpamaan yang dibuat ulama berkenaan bulan Ramadhan]

"Inilah bulan yang permulaanya rahmat. pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka."
[HR Ibnu Khuzaimah]


Di kala entri ini ditaip, sudah 16 hari Ramadhan telah berlalu. Fasa rahmat dan setengah fasa keampunan telah berlalu. Hanya tinggal separuh fasa keampunan dan fasa pelepasan api neraka yang terhidang di depan mata. Ayuh sahabat-sahabat. Gunakan peluang yang ada untuk mengimpunkan amalan sebanyak mungkin. Masih ada banyak masa sebenarnya. Tak percaya?

14 hari x 24 jam x 60 minit x 60 saat = 1 209 600 saat

Terbukti. 1 juta bukan nilai yang kecil. Masih terbuka luas ruang dan peluang untuk kita beribadah untuk mendapatkan mardhatiLLAH. Jangan sia-siakan bulan ini kerana tiada siapa pun mampu menjamin dirinya mampu untuk menjejakkan kaki ke Ramadhan yang seterusnya. Maka manfaatkanlah 14 hari yang berbaki. Perbanyakkan zikir, doa, selawat. Jadikan 24 jam hidup kita keseluruhannya sebagai ibadat kepada ALLAH.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Allah, 2 perkara lagi yang sangat kalian perlukan. Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain ALLAH dan mohon ampunan kepadaNya. Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari api neraka"
[
HR Ibnu Khuzaimah]


-------------------------------------------------------------------------------------------------

Mutiara kata Tokku Hj Ibrahim Muhammad

Masuklah Ramadhan dengan kesyukuran
dan merasai bahawa inilah Ramadhan terakhir dalam kehidupan ini

hiruplah cahaya Ramadhan dengan kecintaan
hidupkan dalam setiap nafas ramadhan
dengan syuhud kepada wajah Allah


Puasakan segala pilihanmu dalam pilihanNya

puasakan memandang wujud yang lain melainkan wujudNya

Biarkan hamba yang lain tenggelam dalam ibadah

namun engkau tenggelamkan diri dalam tanah kesunyian
tiada kewujudan diri


Sesungguhnya bulan ini bulan kasih sayang
kepada hamba yang rindu padaNya

ia mempunyai kekuatan yang hebat
dalam menyingkap cahaya makrifat dalam batinmu
sehingga berpuasa segala angggotamu dari yang lain kerana terasyik


Puasa meninggalkan diri kepada hakikat diri

khalwah dirimu dari segala bentuk kewujudan diri adalah hakikat puasa,
tenggelam dirimu dengan sungguh dalam lautan ketiadaan diri
dengan keberkatan cahaya Ramadhan


Ia bagaikan buraq yang akan membawa diri kepada alam musyahadah

sesungguhnya segala hijab-hijab sudah ditambat
pintu syurga makrifat luas terbuka segenap penjuru

Amat rugi bagi sesiapa yang tiada menggunakan ramadhan ini
untuk mencapai makrifat
kerana segala hijab telah terlerai lembut
dan pintu makrifat terbuka luas


kejarlah!
kejarlah dengan air mata dan zikir
sehingga tiada lagi bunyi dan huruf

nescaya engkau telah perolehi ketakwaan dan kecintaan
yang menyebabkan gementar segala urat sarafmu


Engkau akan mengerti erti cinta ALLAH pada Muhammad
dan cinta Muhammad pada ALLAH.

0 orang berkata-kata
Labels: Tazkirah

Salah Faham

Baru-baru ini sekeping offline mesej dihantar kepada sahabat-sahabat dalam list YM dan mesej yang sama turut tercatat pada status Facebook.

Pelbagai respon aku terima berkaitan mesej tersebut. Dan pelbagai andaian dibuat.

1)Ada yang amat yakin dan pasti aku akan bertukar ke universiti ketiga dalam dalam sejarah hidupku.

2)Tidak kurang juga yang bertanya sama ada tempoh hayat aku sudah tidak panjang. Seolah-olah mempunyai penyakit yang saat kematiannya bakal muncul bila-bila sahaja.

Mengelakkan lebih banyak pelbagai andaian yang bukan-bukan dibuat, entri ini terhasil. Sekadar membetulkan segala silap faham yang berlaku.

1) Amatlah mustahil aku akan keluar dari Garden Knowledge and Virtue ni. Masakan ada universiti yang sanggup menerima pelajar yang tiada kelulusan yang hebat seperti aku ni. Dan teramat-amatlah mustahil untuk aku melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sekurang-kurangnya, dalam tempoh 5 tahun ini!

2) Andaian kedua hampir tepat. Namun aku tidaklah berpenyakit sedemikian rupa. Cuma, aku sedikit sebanyak terfikir akan kematian. Terkesan bila mana beberapa orang yang berada di sekekelilingku berturutan menyambut seruan Ilahi dalam masa yang amat singkat. Dimulai dengan to'ki saudaraku, kemudian Nabil Marwan, diikuti dengan abang dan ayah sahabatku. Begitu ramai. Sehinggakan kurasa masaku pun tiba.

"Sesungguhnya orang yang cerdik ialah orang yang sentiasa mengingati MATI"

Dalam kehidupanku sebagai seorang pelajar, semakin lama kusedari semakin susah untuk ilmu lekat dalam dadaku. Kupercaya inilah bahana kesilapan, dosa dan maksiat yang saban hari telah aku lakukan. Tiap dosa yang dilakukan menimbulkan titik hitam pada hatiku, menyebabkan hatiku kian gelap.


Imam Malik berkata kepada Imam Syafie (masih remaja ketika itu) kerana terpegun melihat kepandaian dan kecerdikan berliau:

"Sesungguhnya aku melihat Allah mencampakkan ke dalam hati kamu cahaya(ilmu), maka jangan kamu padamkan cahaya itu dengan maksiat."

Justeru itu, salam kemaafan tersebut dihulur. Dengan harapan kemaafan akan dapat mengurangkan dzulumat yang ada dalam diri ini. Agar diriku yang kosong ini dapat mudah diisi dengan ilmu yang bermanfaat.

Akhir sekali, aku pohon maaf jika mesej tersebut mengganggu hidup sahabat-sahabat sekalian. Apa yang aku harapkan hanyalah kemaafan dan doa dari sahabat-sahabat sekalian. Syukran.

Wassalam.
P/s: Terharu pabila menerima panggilan telefon daripada sahabat nung jauh di Mesir. Semoga ukhuwwah terus kekal abadi hingga ke syurga. InsyaAllah.


~Sekadar Contengan~
7 orang berkata-kata
Labels: Contengan

Mahasiswa Dalam Masyarakat

Mahasiswa suatu ketika dulu dipandang tinggi dalam masyarakat. Andai seorang anak kampung berjaya ke menara gading, seluruh kampung akan merasakan tempiasnya. Akan diadakan kenduri besar-besaran. Seluruh penduduk meraikannya. Penduduk kampung sebelah turut tumpang gembira.

Tapi itu dulu. 10, 20 tahun berlalu. Sekarang mahasiswa sudah dianggap biasa. Tiada bezanya dengan orang kebanyakan. Apa tidaknya mahasiswa zaman ini tidak sehebat mahasiswa dahulu. Kerap kali membuat sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang yang bergelar mahasiswa.

Soalan cepumas yang sokmo ditanya. Apakah tujuan kita masuk universiti? Memegang title mahasiswa. Adakah untuk mencapai cita-cita sejak kecil? Atau pun sekadar ingin mendapatkan sekeping ijazah? Soalan yang nampak mudah tapi memang sukar dijawab. Aku pun terkial-kial dalam mencari jawapannya.

"Sepatutnya seseorang pelajar patut meletakkan tujuan masuk universiti adalah untuk menyiapkan diri bagi menyumbang sesuatu kepada masyarakat. Pendek kata, universiti sebagai tempat persedian sebelum berdepan dengan masyarakat."

Jawapan ringkas Dr Syed kepada soalan tersebut ketika usrah baru-baru ni.

Realiti pada masa ini, masyarakat berada dalam satu suasana yang jauh dari Islam. Sebagaimana pengalaman Dr Syed sendiri yang jelas menunjukkan kehancuran sosial dalam kalangan masyarakat. Sebagai contoh kes single parent. Kalau 4 tahun lalu hanya ada satu kes sahaja yang ditemuinya dalam tempoh seminggu tetapi sekarang peningkatan yang amat ketara iaitu secara purata 1 kes sehari. Lagi menyedihkan semua kes single parent melibatkan orang Melayu. ISLAM!!!

Apakah peranan kita sebagai seorang mahasiswa? Sebagai seorang MUSLIM. Allah berfirman:

"Dan hendaklah ada dalam kalangan kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada yang ma'aruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung." (Al-Imran 3:104)

Kesempatan sebagai mahasiswa perlu digunakan sebaik mungkin. Mendapatkan ilmu yang pelbagai. Bukan sekadar belajar yang ilmu formal. Pelajar perubatan dengan ilmu perubatannya. Pelajar farmasi dengan ubatnya. Pelajar kejuruteraan dengan mesinnya. Ilmu agama dan berkaitan akhirat wajib dicari terutama ilmu fardhu ain. Ilmu yang ada bukan setakat untuk diri sendiri sahaja, sebaliknya turut perlu disampaikan kepada orang lain. Moga diri sendiri dan orang sekeliling mendapat manfaat dari ilmu tersebut.

Sama-samalah kita sebagai mahasiswa muhasabah diri. Mampukah kita turun kepada masyarakat dengan ilmu yang kita ada setakat ini. Menyumbang kepada masyarakat yang amat memerlukan kita untuk membawa mereka ke jalan yang benar. Kembali kepada ISLAM. Jika belum mampu, belum terlambat untuk kita berusaha menceduk ilmu di mana-mana sahaja. Mudah. Antara mahu atau tidak je.

~Sekadar Contengan~
0 orang berkata-kata
Labels: Tazkirah

Lembaran Baru Kehidupan

2 tahun lalu aku baru bertatih dan merangkak berjuang di "The gate of garden knowledge and virtue". 2 tahun yang panjang. Berbekalkan CGPA yang cukup makan, aku telah mara selangkah lagi ke hadapan. Melepasi gate yang penuh dugaan dan berjaya tiba di "Garden knowledge and virtue".

Taaruf Week menjadi program pertama bagi aku sebagai pelajar baru di Indera Mahkota Campus (IMC). Program wajib sebagai prasyarat untuk mendapat ijazah. 3 hari 2 malam yang mencabar. Penat,mengantuk dengan briefing yang tidak putus-putus. Acara kemuncak Taaruf Week ialah bai'ah session. Secara rasminya aku telah menjadi salah seorang daripada keluarga besar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) setelah melafazkan bai'ah sepanjang 1 muka surat penuh di hadapan Rector UIAM. Fuh. Letih. Dengan diketuai oleh bai'ah leader, saudara Syahid aka tuan presiden, tepat jam 1750 pada 9 Julai 2009 seramai 585 orang pelajar sah menjadi pelajar di IMC. Diharapkan bai'ah yang dilafazkan bukan hanya menjadi lafaz di mulut sebaliknya menjadi panduan selama menjadi warga UIAM. Sekurang-kurangnya.

Sekadar pengenalan ringkas mengenai IMC. Kampus ini baru sahaja dibuka kira-kira 4 tahun (kot). Baru 3 bangunan kuliyyah yang siap iaitu KOM, KOPha (terbaru), KOS bagi course Medicine, Pharmacy & Sciences. Banyak lagi fasiliti masih dalam pembinaan seperti bangunan pentadbiran, masjid terapung dan kompleks sukan. 6 kuliyyah yang wujud di IMC ialah Medicine, Dentistry, Pharmacy, Allied Health Sciences (Diet, Opto, Audio, Radio), Nursing & Sciences (BioMed,BioTech,CTS). Tahun ini mencatat sejarah tersendiri kerana semua pelajar lelaki terpaksa tinggal di mahallah luar IMC iaitu di IM2, kira-kira 15 minit dari IMC. Tiada lagi bangunan 4 tingkat. Tiada lagi 4 orang roomate seperti di CFS. Yang ada hanyalah blok setingkat yang diisi oleh 12 orang. Agak sesak. Tapi syukur. Sekurang-kurangnya masih dapat tinggal di mahallah.

Minggu pertama kuliah dilalui dengan jayanya. 135 pelajar (termasuk CFSians, repeater, foreigner, direct intake) menjadi classmate baruku. Keluarga besar "brethren 13". Sepanjang minggu aku agak blur dalam kelas. Kerap kali lost. Normal. Sejak dulu lagi aku memang agak lambat adapt dengan suasana baru. Tapi aku tetap optimis. Target aku untuk faham sekurang-kurangnya 50% daripada kuliah sebagaimana dinyatakan oleh Dr Khairidzan dalam motivitional talk semalam. Paling lambat minggu ke 3.InsyaAllah.

Aku sedar. Selagi bergelar pelajar, tiada apa yang mampu aku lakukan selain berusaha, berusaha dan terus berusaha di samping doa yang berterusan dipanjatkan kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selebihnya berserah kepada yang Esa kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Semoga aku terus tabah dan sabar untuk menempuh segala pancaroba sepanjang di IMC. Ameen...

P/s: Tahniah diucapkan kepada classmate, Ahmad Fikri dan Nur Izaidah yang selamat diijabkabulkan hari ni. Semoga jodoh berkekalan bukan setakat di dunia bahkan hingga ke syurga di akhirat sana. Ameen.InsyaAllah.
7 orang berkata-kata
Labels: Contengan, IMC

Semoga Bahagia di Sana (NABIL)

NABIL. Satu nama yang tidak asing lagi dalam diriku dan sahabat-sahabat di CFS. Seorang abang yang memahami, seorang roomate yang rajin, seorang sahabat yang sejati, seorang classmate yang ceria. 2 tahun mengenali Nabil mencoretkan pelbagai kenangan indah dalam hidupku.

Tahun kedua di CFS, aku berpindah ke bilik baru menjadikan aku roomate kepada Nabil. Setahun bersama, aku mengenali Nabil lebih daripada seorang sahabat. Nabil seoalah-seolah telah menjadi abang kandungku. Banyak perkara dilakukan bersama. Tidur sekatil dan sebantal dikala tengah hari. Kadang-kadang terlajak hingga termiss kuliah. Menyambut hari jadi sahabat-sahabat dengan pelbagai cara yang kreatif. Study last minute bersama ketika musim peperiksaan akhir. Makan malam dan berbuka puasa di E Cafe. Menu 2 pinggan nasi putih dan telur dadar dan berkongsi semangkuk tom yam ayam dan segelas besar air buah. Romantik!

Aku sempat menziarahi Nabil 2 hari sebelum Nabil kembali ke Rahmatullah. Keadaan Nabil tika itu membuatkan hatiku cukup sayu. Nabil terpaksa bernafas dengan menggunakan alat bantuan pernafasan. Tangan kanannya terdapat empat jarum. Kulihat dada Nabil berombak kencang menunjukkan betapa sukarnya Nabil untuk bernafas. Sebenarnya, Nabil tidak diberitahu keadaan sebenar kesihatannya. Yang diketahuinya adalah dia menghidap Aplastic anaemia iaitu kegagalan penghasilan sel darah yang menyebabkan pengurangan bilangan sel darah merah, sel darah putih dan platlet secara serentak. Tidak pula diberitahu kepada Nabil bahawa semua organ dalaman pentingnya telah rosak.

Tiap-tiap kali menziarahinya, pasti diceritakan tentang ketidakpuashatiannya terhadap misi dan doktor. Kebanyakan misi dan doktor masih tidak cekap terutamanya ketika mencucuk tangannya hingga menyebabkan tangan menjadi lebam. Kepada bakal-bakal misi dan doktor, berusaha bersungguh-sungguhlah untuk menjadi misi dan doktor yang cekap kerana kalian akan mengendalikan pesakit yang sedia ada sakit. Usah ditambah kesakitan yang tidak perlu kepada pesakit dengan ketidakcekapan kalian.

Malam Jumaat 2 Julai 2009, aku menerima berita Nabil telah kembali ke Rahmatullah pada jam 2330. Lembik seluruh tubuhku. Aku mahu turut serta ke rumah Nabil di Sekinchan. Melihat jasadnya buat kali terakhir. Sama-sama berdoa untuk Nabil. Sama-sama solat jenazah untuk Nabil. Namun, aku tidak berkemampuan. Hanya doa dan air mataku mengiringi pemergian Nabil.

Syukur Alhamdulillah. Jenazah Nabil diuruskan dengan cepat. Kira-kira pukul 10.42 pagi, upacara pengebumian telah selesai.

"Bersegeralah dalam mengurus jenazah, apabila ia adalah orang yang baik, maka sungguh baik kamu menyegerakan menghantarkannya kepada ALLAH SWT, sedangkan apabila ia adalah orang yang selain itu kamu telah melepaskan perkara yang buruk dari tanggungjawab kamu"
(Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah r.a.)


Kesudahan Nabil di dunia ini insyaAllah husnul khatimah. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita mengambil iktibar daripada kejadian yang telah berlaku? Bersediakah kita andai Izrail menjemput kita tika ini? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing.

Ya ALLAH! Aku bersyukur kepadaMu kerana meminjamkan kepadaku seorang sahabat yang benar-benar memberi kesan dalam hidupku. Ya ALLAH! Ampunilah segala dosa-dosanya. Tempatkan rohnya bersama para solehin.

Aku pohon dengan rendah diri kepada sesiapa yang membaca entri ini supaya menyedeqahkan al-Fatihah kepada Nabil. Kalau nak membuat tahlil*, amat dialu-alukan. Maafkan segala salah silap Nabil. Jika Nabil berhutang dengan kalian, bolehlah terus menghubungi terus keluarga Nabil.


*Usah bicara tentang bida'ah. Andai tidak mahu melakukannya, cukuplah sekadar menyedeqahkan al-Fatihah dan surah Yaasin kepada Nabil. Tidak perlu melarang orang lain daripada melakukannya.

~Sekadar Contengan~

9 orang berkata-kata
Labels: Memori

10 Subjek SPM dan Kerajaan Perpaduan

Hampir 2 minggu blog ni tiada sebarang update. Sekkong orang Ganu kata. Kemalasan untuk mengupdate di kala cuti menguasai diri. Susah benar nak istiqomah. Cuti kali ni juga agak sibuk dengan pelbagai program sebenarnya. Kena cari sponsor, rehlah, riadhah, kem dan sebagainya. Kali ni aku ingin menconteng berkenaan 2 isu hangat baru-baru ni yang berkaitan pendidikan dan siasah meskipun kedua-dua isu dah lapuk terutamanya isu 10 subjek SPM.

10 Subjek SPM
Baru-baru ni Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan format baru bagi SPM yang mana pelajar hanya dibenarkan mengambil 10 subjek (11 subjek bagi pelajar sekolah agama) bermula tahun 2010.

Rasional pengehadan ini adalah untuk membolehkan pelajar tidak terlalu sibuk belajar sahaja. Setiap subjek tambahan yang diambil menuntut pelajar untuk berkorban dari segi wang, tenaga dan masa. Andai subjek dihadkan, masa, tenaga, wang boleh digunakan untuk aktiviti yang tidak kurang pentingnya seperti berpersatuan dan bersosial. Selain itu, subjek yang sedikit membolehkan pelajar meluangkan lebih masa untuk mendalami subjek-subjek yang diambil.

Jika ditanya pandangan aku mengenai isu ini, kurang bersetuju menjadi jawapanku. Format lama SPM mewajibkan pelajar mengambil 6 subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam @ Moral dan Sejarah.

Pelaksanaan format baru bakal mengurangkan subjek teras daripada 6 subjek kepada 4 subjek. Pada fikiran pembaca, subjek manakah bakal digugurkan? Pada pandangan aku, 2 subjek yang mempunyai harapan cerah untuk digugurkan dari senarai subjek teras ialah Pendidikan Islam @ Moral dan Sejarah. Andai semua ini berlaku usah terkejut jika perlakuan remaja 5 tahun mendatang adalah 10 kali lebih teruk daripada keadaan pada hari ini kerana remaja yang akan dilahirkan dari sistem pendidikan yang kekurangan akhlak dan tidak mengetahui sejarah negara sendiri.

"Seseorang/Sesebuah bangsa yang tidak mahu belajar dari sejarah, akan didera dengan melakukan kesilapan yang sama berulang kali"
[George Santayana]

Namun, di sebalik ketidaksetujuan aku tentang perkara ini, aku mungkin setuju dengan idea pengehadan ini andai bilangan subjek ditambah. Bagi aku pengehadan kepada 15 subjek lebih rasional. Tanpa diubah 6 subjek teras, masih ada 9 subjek elektif boleh dipilih. Para pelajar masih boleh menambah subjek yang ingin diambil.

Kerajaan Perpaduan
Idea kerajaan perpaduan telah diutarakan oleh Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), TG Dato Seri Haji Hadi Awang. Sekadar idea tanpa penerangan terperinci. Aku percaya Kerajaan Perpaduan yang dicadangkan oleh TG Haji Hadi mempunyai kebaikan kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada umat Islam. Namun, secara jujur aku mengaku hingga ke saat ini aku masih blur berkenaan Kerajaan Perpaduan.

Idea Kerajaan Perpaduan mencetuskan perselisihan pendapat di kalangan pimpinan tertinggi PAS, TG Haji Hadi dan TG Nik Aziz. Aku sedih. Ada yang sanggup menempelak, mencerca, menghina kedua-dua TG. Sedarlah sahabat. Mereka itu ulama. Kalau dibandingkan dengan diri kita, bagai langit dengan bumi. Walaupun berbeza pendapat jagalah adab. Jangn bersu'u adab dengan ulama kerana merekalah yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai pewaris nabi.

"Bukan dari (akhlak) golongan kami orang yang tidak memuliakan orang yang tua (dari segi umur, ilmu, makrifat dan kedudukan), tidak menyayangi yang kecil dan tidak menyuruh yang makruf serta mencegah yang mungkar" [Riwayat Ahmad, al-Tirmizi dan Ibnu Hibban]

Alhamdulillah. Akhirnya perselisihan telah diselesaikan secara baik. Inilah kelebihan hati-hati manusia yang telah terikat dengan ikatan aqidah yang sama. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua. Tiada sengketa berpanjangan. Tiada masalah tanpa penyelesaian. Isu Kerajaan Perpaduan turut berkubur. Noktah.

P/s: Doakan semoga perjalanan Program Reaching 4 The Needy (Cambodia'09) bermula 2-9 Julai 2009 berjalan lancar.

~Sekadar Contengan~

7 orang berkata-kata
Labels: Contengan, Isu semasa

Biasiswa/Pinjaman Pengajian ke Morocco

BIASISWA/PINJAMAN SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH TERENGGANU BAGI SESI PENGAJIAN 2009/2010

Lembaga Pemegang-Pemegang Amanah Yayasan Terengganu dengan sukacitanya mempelawa pemohon-pemohon yang berkelayakan daripada Anak Negeri Terengganu Darul Iman untuk mendapatkan pinjaman bagi mengikuti pengajian di pusat-pusat pengajian berikut:-

iii. Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar Mesir, Maghribi dan Jordan – Universiti Al-al Bayt, Universiti Mu’tah, Universiti Yarmouk dan Universiti Jordan.

2. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

i. Pemohon mestilah terdiri daripada anak-anak Negeri Terengganu Darul Iman berdasarkan kepada salah seorang ibu atau bapa pelajar berkenaan lahir di Negeri Terengganu Darul Iman.

ii. Pemohon atau ibu/bapa yang bukan rakyat Negeri Terengganu Darul Iman tetapi telah bermastautin selama tidak kurang dari 10 tahun juga boleh memohon dengan menyertakan surat akuan bermastautin dan bukti-bukti lain yang meyakinkan.

3. KELAYAKAN AKADEMIK

iv. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Jordan Dan Maghribi.

a. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) terbaru dengan mendapat 5 Kepujian iaitu mendapat A 2 dalam matapelajaran Bahasa Arab Tinggi / Komunikasi dan sekurang-kurangnya Pangkat B dalam matapelajaran berikut:-

i. Pendidikan Al-Quran Dan As-Sunnah

ii. Pendidikan Syariah Islamiah DAN

iii. Lulus SPM dengan mendapat kepujian dalam subjek Bahasa Melayu

CARA MEMOHON

a. Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang Pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu yang boleh didapati daripada Pejabat Yayasan Terengganu.

b. Pemohon juga boleh mencetak borang menerusi laman web rasmi Yayasan Terengganu: http://www.ytrg.terengganu.gov.my.

7. DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Borang permohonan yang telah lengkap diisi oleh pemohon hendaklah disertakan dengan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan:-

a. Salinan Surat Beranak pemohon, salinan Kad Pengenalan pemohon, ibu dan bapa atau penjaga serta surat pengesahan bermastautin bagi yang berkaitan.

b. Salinan sijil-sijil akademik termasuk keputusan penuh peperiksaan (transkrip).

c. Lima (5) keping gambar berukuran pasport (bagi mereka yang memohon ke Rusia dan Mesir).

8. TARIKH TUTUP

Borang permohonan yang telah disempurnakan hendaklah dikembalikan ke Pejabat Yayasan Terengganu pada atau sebelum tempoh berikut:

a. 30 April 2009 bagi Pengajian Islam dan Bahasa Arab di Mesir, Jordan dan Maghribi (kemasukan berdasarkan Diploma).

Sumber: Yayasan Terengganu

Sebarang persoalan berkenaan pembelajaran di Morocco, sila hubungi saudara Ikram Hakim.
74 orang berkata-kata
Labels: Promo

Semoga Cepat Sembuh!!!

Awas! Entry yang panjang dan membosankan.

Bunyi mesej masuk memecah keheningan ruang legar bilikku di awal pagi Jumaat (28 Mei 2009). Berita terkini berkenaan kesihatan Nabil sahabat, roomate dan classmateku yang amat baik disampaikan oleh seorang sahabat.

Slm. Minta solat hajat u nabil smga cpt smbh. Bdnnya panas n drh kluar dr tlinga.

Diikuti dengan beberapa mesej yang mengatakan Nabil menghidap demam chikungunya dan sebelah badannya tidak dapat digerakkan.

Aku terkesima. Ketika aku melawat Nabil di hospital sebulan yang lalu, keadaannya masih stabil. Boleh melawak dan bergelak ketawa. Senyuman masih sentiasa terukir di bibir meskipun badannya tidak berapa sihat.

Bagi memastikan berita yang diterima, aku bersama 4 orang sahabat ke hospital yang menempatkannya di Teluk Intan. Setibanya di depan wad kuarantin, aku lihat keluarganya masih setia menanti. Kami dibenarkan untuk melawat Nabil namun hanya 2 orang dibenarkan untuk melawat Nabil dalam satu-satu masa. Tidak dinafikan terserlah kegembiraan di wajah Nabil ketika melihat kehadiran kami. Diharapkan sahabat-sahabat yang mempunyai kelapangan masa dapat melawat Nabil di Wad 2C hospital tersebut bagi menunjukkan sokongan kepadanya di samping terus menguatkan semangatnya.

Setelah berbual dengan Nabil, barulah aku tahu keadaan sebenar. Nabil telah dimasukkan ke hospital sejak Khamis yang lalu setelah demam panas. 2 hari pertama di hospital keadaannya amat teruk sehinggakan dia sendiri tidak sedar sama ada sedang tidur atau sedang jaga. Matanya hanya dapat melihat dalam jarak 5 hingga 7 cm sahaja sebagaimana diberitahu oleh senior Gombak dan Kuantan. Sebelah kiri badannya juga tidak dapat digerakkan disebabkan ada sedikit gumpalan darah di kepala bukannya darah beku seperti yang dihebohkan dan pembedahan tidak perlu dijalankan untuk mengeluarkan darah tersebut.

Keadaan semasa Nabil setakat hari Selasa, penglihatannya semakin baik. Matanya semakin pulih tetapi mata kanan masih kabur. Namun sudah ada sedikit peningkatan kerana Nabil dah dapat melihat sejauh 6 ke 7 meter. Seluruh bahagian badan dah boleh digerakan kecuali jari kaki kiri. Demam yang diberitakan disebabkan oleh ubat homeopati yang dimakan. Ubat untuk menggalakkan penghasilan darah tersebut menyebabkan suhu badan meningkat. Setakat tulisan ini ditulis, masih tidak dapat dipastikan penyakit sebenar Nabil. Sekarang ini menantikan keadaan stabil untuk diambil air sumsum tulang. Sudah 9 pek darah dimasukkan ke dalam badannya setakat ini kerana kekurangan darah.


Ziarah kali ni melegakan hatiku sekaligus menafikan segala berita bukan-bukan yang tersebar. Syukur Alhamdulillah. Kepada sahabat-sahabat yang mendapat mesej yang menyatakan keadaan Nabil sila pastikan kesahihannya berita yang diterima sebelum menyebarkan kepada orang lain kerana aku bimbang segala penyakit bukan-bukan yang dinyatakan menjadi satu doa walhal bukan itu penyakit sebenar Nabil. Bayangkanlah betapa koyak rabak hati keluarga Nabil andai mendengar segala penyakit yang bukan-bukan tersebut. Segala berita terbaru sebaik-baiknya dapatkan daripada Nazir yang berhubungan terus dengan kakak Nabil.

Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu di dunia dan di akhirat, tentulah kamu dikenakan azab seksa yang besar disebabkan kamu turut campur dalam berita palsu itu. Iaitu semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan memperkatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah mengenainya dan kamu pula menyangkanya perkara kecil, pada hal ia pada sisi hukum Allah adalah perkara yang besar dosanya. [an-Nur 24:14-15]

Sekarang ni,apa yang perlu dilakukan sebagai seorang sahabat? "Kerjasama" sahabat-sahabat amat diperlukan untuk terus mendoakan semoga Nabil diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi ujian kesakitan ini. Doakanlah semoga kesihatannya bertambah baik dan disembuhkan dari segala penyakit. Ameen.
5 orang berkata-kata
Labels: Contengan

Pildalcil - Pemilihan Da'ie Kecil

Sekadar nak berkongsi salah satu video yang aku gemari.




"Sesungguhnya orang-orang yang ingkar terhadap ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, lalu Kami gantikan dengan kulit baru agar mereka benar-benar merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa lagi Maha Bijaksana."


Takjub aku melihat video ini. Seorang anak kecil bercerita sebegitu hebat mengenai azab api neraka. Andai dibandingkan dengan diri aku 10 tahun lalu, boleh dikatakan mustahil aku mampu berbuat sedemikian. Yang aku reti hanyalah bermain, bermain dan bermain. Sungguh jauh bezanya seperti langit dan bumi.

Video ni juga mencetuskan satu persoalan di benak fikiranku.

Bilakah agaknya program sebegini akan wujud di Malaysia?

Tidak dinafikan. Memang ada program yang bagus. Akademi al-Quran sebagai contoh. Namun,andai dibandingkan dengan program lain, program yang bagus hanyalah diibaratkan seekor anai-anai di dalam busut. Terlalu kecil jumlahnya. Program yang ada kebanyakannya bermotifkan untuk mengjahanamkan umat manusia di Malaysia terutamanya remaja.

REMAJA

Ayuh remaja!
Usahlah terleka
Dengan hiburan yang entah apa-apa
Yang menghanyutkan kalian
Jauh dari agama
Jauh dari Allah

Ayuh remaja!
Sedarlah
Kalian adalah
Pelapis tampuk pemerintahan
Bakal pendidik
Andai kalian terus hanyut
Tidak mustahil
Hancur lebur generasi yang akan datang

Ayuh remaja!
Sama-samalah kita berubah
Daripada lalai kepada sedar
Daripada leka kepada jaga
Agar tidak terus hanyut
Di dunia ciptaan Zionis
Tidak dapat tidak
Kembalilah kepada Islam
Penyelesaian kepada semua permasalahan
Ayuh, sedarlah remaja!

~Sekadar Contengan~
4 orang berkata-kata
Labels: Contengan

Nikmat yang Sering Dilupakan

Bismillah walhamdulillah. Kita masih diberi peluang oleh Allah untuk merasai 2 nikmat yang amat besar yakni nikmat Islam dan nikmat Iman. Nikmat yang tidak kurang besar yang seterusnya ialah nikmat kesihatan dan nikmat masa lapang. Namun demikian, berapa keratkah daripada kita yang benar-benar menghargai nikmat-nikmat percuma yang Allah kurniakan kepada kita yang tiada dikenakan sebarang bayaran apatah lagi cukai.

Menurut Ibn Abbas r.a. , Nabi s.a.w telah bersabda:

“Dua nikmat paling besar yang tidak diambil peduli oleh kebanyakan manusia, iaitu nikmat kesihatan dan masa lapang.”
(Sahih Bukhari)


Kesihatan

Berdasarkan hadith tersebut, benarlah bahawa kita sentiasa tidak menyedari kehadiran nikmat kesihatan dan masa lapang. Kehadirannya hanya disedari apabila berlaku sebaliknya dan ketika nikmat tersebut ditarik balik.

Dari segi kesihatan, terkadang terasa manusia ni kufur nikmat yang dikurniakan oleh Allah. Suka sahaja membuat sesuatu yang membahayakan kesihatan. Contoh terdekat dan paling mudah ialah merokok. Siapa yang tidak tahu bahawa merokok bahaya dan boleh membunuh? Budak sekolah rendah pun tahu inikan pula mahasiswa! Bukan setakat membunuh diri sendiri bahkan turut membunuh orang di sekeliling. Tidak keterlaluan jika dikatakan kalimat sayang yang diungkapkan oleh si ayah yang merokok kepada si ibu dan anak-anak hanyalah retorik semata kerana di samping melafazkan kalimah tersebut, pada masa yang sama mereka membunuh orang-orang yang tersayang secara sirr!

Tempat yang paling efisyen untuk menyedarkan diri kita yang lalai dengan nikmat kesihatan ialah hospital. Di sini kedapatan ramai hamba Allah yang telah ditarik nikmat kesihatan. Ambillah iktibar daripada orang lain untuk mengubah diri sebelum nikmat tersebut ditarik balik oleh Allah dari diri kita sendiri.

Masa lapang

"Din, aku rase macam dok dang je nok cover sumer ni? Banyok berdo'oh lalu. Dok larat aku nok sumbat malam ni belake," Ahmad mengadu kepada Din yang tekun study di sebelah.

"Kalulah aku study awal-awal dulu, dakyoh rr nok stay up gini macang. Mate ngatuk doh ni. Tapi kalu tido, soh-soh doh dokleh jawab esok. Lepas ni confirm aku aku dok wak gini doh. Aku nok study awal sokmo doh lepah ning," monolog seorang pelajar kala dinihari.

Inilah dialog biasa kedengaran di kalangan sahabatku ketika musim peperiksaan akhir menjengah di zaman persekolahan dulu. Kata-kata berbaur penyesalan dan keazaman untuk berubah. Jelas sekali ini adalah bahana tidak menghargai nikmat masa lapang. Masa lapang yang kerap kali diisi dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Games, tidur dan lepak lebih menjadi keutamaan daripada mengulangkaji pelajaran.

Hidup di dunia ini dikurniakn 24 jam sehari semalam. Tiada lebih tiada kurang. 24 jam memang cukup untuk membuat semua kerja andai kita pandai membahagikan masa tersebut. Segala masa yang terluang perlu dimanfaatkan dengan kerja-kerja yang berfaedah.

Sama-samalah kita mencontohi Rasulullah. Baginda seorang amat teliti terhadap masa. 24 jam yang dikurniakan oleh Allah digunakan sebaik-baiknya. Sesaat masa lapang yang ada tidak disia-siakan. Ada masa digunakan untuk berdakwah di jalan Allah, beribadat kepada Allah sehingga bengkak kaki, bergurau senda dengan isteri tercinta, bertemu sahabat dikasihi dan bermain-main dengan Hassan dan Hussein. 24 jam yang amat berkualiti.

Nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada hambaNya teramat banyak dan amat bernilai. Terpulang kepada kita bagaimana untuk kita menghargai semua nikmat tersebut. Awas! Jangan sampai ke tahap menjadi hamba yang kufur terhadap nikmat-nikmat Allah. Naudzubillah.

~Sekadar Contengan~

2 orang berkata-kata
Labels: Tazkirah

Pembatalan Kunjungan Habib Umar


UNTUK MAKLUMAN PROGRAM LAWATAN GURU MULIA AL-HABIB UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ KE MALAYSIA TELAH DIBATALKAN KERANA BELIAU ADA URUSAN MUSTAHAK YANG MENYEBABKAN BELIAU PERLU SEGERA KEMBALI KE TARIM, HADRAMAUT.

Oleh itu, semua program yang telah disusun sempena lawatan al-Habib ke Malaysia dari 11 Mei 2009 hingga 13 Mei 2009 DIBATALKAN

walau bagaimana pun,

majlis pada 13 Mei 2009 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur tetap akan DITERUSKAN dan penceramah jemputan ialah Mursyid Tariqah Syadhuliyah, SHAIKH YUSUF BAKHOUR AL-HASANI (gambar).

HARAP MAKLUM

Nampaknya impian untuk berjumpa al-Habib kali ini tidak kesampaian. Impian tinggal impian. Namun, pasti ada hikmah di sebalik pembatalan ini. Harapnya masih berpeluang bertemu beliau di lain masa. InsyaAllah.

Sumber: Al-Fanshuri
0 orang berkata-kata
Labels: Agama, Program

Asyik yang Mengasyikkan



Perasan atau tidak, sebenarnya sebahagian bait lirik yang terkandung dalam video tersebut adalah "modal" Ustaz Ahmad Dasuki bin Muhamad ketika program khas Bicara Tauhid, Tasawwuf dan Tariqah baru- baru ini.

Usah perhatikan keasyikan muziknya, tetapi perhatikan keasyikan liriknya!

Indah bukan rupa
Harum bukan bunga
Manis bukan gula
Panas bukannya bara

Indah, harum, manis dan panas bukannya datang dari rupa, bunga, gula dan bara. Sebaliknya, sifat-sifat tersebut hanyalah wasilah bagi rupa, bunga, gula dan bara kerana sebenar-benarnya sifat-sifat itu datang daripada Allah. Hanya Allah yang mampu menjadikan sesuatu benda berkeadaan sedemikian. Subhanallah.

Cintakan tetap cinta
Sejak aku kenali
Cintamu yang suci
Aku telah berjanji
Tak berpaling lagi

Cinta Allah amatlah suci. Barangsiapa yang mengenali dan mencintai Allah nescaya dan pasti hambanya tidak akan berpaling lagi daripada cinta Allah walaupun sesaat kerana mereka tahu dan yakin bahawa cinta Allah itu indah dan akan kekal abadi.

Satu tak terbilang
Hanyut tak terenang
Waktu tak terasa
Rindu tak terkata
Asyiknya cinta

Bukan cinta sesama makhluk yang dicari. Asyiknya bila bercinta dengan Yang Maha Pencipta. Bila mana diri sudah dilamun cinta akan Allah nescaya dunia ini tiada nilai langsung. Yang wujud di ingatan hanyalah Allah yang Satu.

P/s: Ya Allah! Kurniakanlah kesihatan yang terbaik kepada sahabat-sahabatku terutamanya kepada Azhar yang baru sahaja menjalani pembedahan dan roomateku,Nabil yang kini berada di hospital. Amin ya Robbal 'aalamin.

~Sekadar Contengan~
2 orang berkata-kata
Labels: Agama, CFS, Program

Pengertian Sekeping Gambar

Apa itu tag? Adakah tag sejenis kuih? Atau pun sejenis permainan rakyat? Aku pun kurang mengerti. Namun, bila mana teringat kata-kata hikmah, "orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa", maka tanpa segan silu dan berbesar hatinya aku menerima amanah untuk menyudahkan tag ini dan mengucapkan terima kasih kepada penge'tag', Hazwan Arif (baca: Beliau).

1. Go to your photos folder in your computer.
2. Go to the 6th folder of photos.
3. Go to the 6th picture in that folder.
4. Put the picture on your blog and description of it.
5. Invite six friends to join the challenge.
6. Link them your blog and let them know they have been challenged

Awal-awal lagi aku telah melanggar rule yang telah ditetapkan. Sebenarnya, gambar yang telah terpilih bukan dari folder keenam sebaliknya adalah dari folder kedua. Sungguh sedikit sekali folder gambar yang wujud di dalam laptop ini. Sebelum menceritakan dengan lebih lanjut tentang gambar ni, marilah sama-sama kita berkenalan dengan gambar yang amat bertuah ini.

Biodata gambar
Nama penuh: 100_3920
Tarikh lahir: Jam 2012, 11 April 2009
Tempat lahir: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Nama Kodak Easyshare M1033 Digital Camera
Berat: 1.66 MB
Tinggi: 2736
Lebar: 3648

Gambar ini diambil ketika Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Haul Syeikh Abdul Kadir al-Gailani di Masjid Negara. Majlis bermula selepas asar, kira-kira jam 1730 dan berakhir jam 2230. Gembira hati kecilku melihat agak ramai sahabat seperjuangan turut serta dalam majlis ilmu ini. Majlis ini dianjurkan oleh Amanah al-Wariseen yang dikepalai oleh Maulana Afeefuddin. Ramai ulama dan tokoh-tokoh hebat telah dijemput untuk menyampaikan tausiyyah ringkas berkisar tentang keistimewaan dan ketidaksamaan Nabi Muhammad berbanding manusia biasa. Lafaz syukur turut terpacul di mulut apabila melihat mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5, Tun Abdullah Ahmad Badawi turut hadir. Semoga terus kembali ke pangkal jalan hendaknya dan menjadi sehebat datuknya, Syeikh Abdullah Fahim.
  • Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
  • Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
  • Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah)
  • Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
  • Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
  • Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
  • Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
  • Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
  • Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi (Penasihat Yayasan SOFA)
Majlis turut diserikan dengan bacaan Mawleed ad-Daiba'ie oleh Habib Hassan bin Mohammed Salim al-Attas. Sebelum bersurai, hadirin telah dihadiahkan kitab Qasidah Al Burdah (selendang), karya Sheikh Sayyid Al Muddah Abu Abdullah Syarafuddin Muhammad ibn Sa'I'd ibn Hammad ibn Muhsan ibn Abdullah ibn Sofhaji ibn Al Sonhaji Al Busairi Syazuli dan lebih dikenali dengan nama Imam Al-Busairi. Sedikit sejarah berkenaan qasidah ini. Dikisahkan bahawa qasidah ini dikarang oleh Imam al-Busairi ketika beliau sedang menghadapi sakit lumpuh yang tidak dapat dirawat oleh para doktor. Lalu dengan hati gundah gulana dan pasrah beliau menulis qasidah sebanyak 169 bait dan sebaik sahaja qasidah tersebut disudahkan, beliau bermimpi didatangi Rasulullah yang mengusap tubuh beliau dan menyelimutkan beliau dengan selendang baginda. Sebaik sahaja tersedar daripada mimpinya, Imam Al Busairi mendapati dirinya sudah sembuh sepenuhnya daripada penyakit lumpuh tersebut. Maka beliau namakan qosidah ini dengan nama Qasidah al-Burdah.

~Sekadar Contengan~
0 orang berkata-kata
Labels: Agama, Sambutan
Newer Posts Older Posts Home

Gelintar

Ahlan Wasahlan

Ahlan Wasahlan

Tuan Rumah

My photo
'Eid Benyusof
Teregganu DI, Malaysia
View my complete profile

YM Status

YM Status

Iqra' Usjud Iqtarib

SHAMS Gen 06

  • Zulhilmi (joe) IPKT
    Bagaimana
    9 years ago
  • Aishah Najihah UIAM
    Of Final Pro , AGD and Oath Taking
    9 years ago
  • Jamaluddin UTEM
    kembali menulis..
    10 years ago
  • Asma Solehah UKM
    Berbeza masa
    10 years ago
  • Wan Darimi UTM
    Asus Zenfone Smartphone Android ciungtips
    10 years ago
  • Nabilah Azlan CAIRO
    Egypt, I miss you!
    11 years ago
  • Aqilah Dahlan UK
    everything begins with tarbiyyah
    13 years ago
  • Halim MSU
    Surat dari Ibu & Ayah
    13 years ago
  • Nik Hanis UIAM
    Manusia Hari ini
    13 years ago
  • Ikram Hakim RABAT
    Saya Sayang Polis!
    13 years ago
  • Nik Ahmad Irham (nai) UiTM
    .sekadar perkongisan.
    14 years ago
  • Ridhuan Shukor FRANCE
    end.
    14 years ago
  • Marami AIN SHAMS
    Rahsia Kebijaksanaan Yahudi - Stephen Carr Leon
    14 years ago
  • Athirah Mazli UK
    Sayonara!
    14 years ago
  • Nadiatul Ajeerah UIAM
  • Razif IPKT
  • Wan Naimah AUCKLAND
  • Tg Nadhirah JUST
  • Ummi Aqilah UMP
  • Izzatul Fadhilah UIAM
  • Irsyaduddin UTP
  • Hafiz Lutfi AIN SHAMS
  • Qurratul 'Ain UTP
  • Asma Mohd INDIA
  • Hazimin (mat zan) USIM
Show 10 Show All

Pengunjung

Mari Membaca

  • Ustaz Hasrizal
    Surah ‘Abasa dan Kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA: Cerminan Islam dalam Pendidikan Inklusif
    4 weeks ago
  • Ustaz Pahrol Mohd Juoi
    Nigerian workers strike over cost of living crisis
    1 year ago
  • Kecintaan dan Kasih Sayang Kepada Ahlul Baiyt
    𝗔𝗣𝗔 SEBENARNYA 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗔𝗕𝗔𝗛 ?
    4 years ago
  • Tahu, Faham & Amal
    ADAKAH BACAAN AL-FATIHAH DENGAN SUARA BERBISIK TIDAK SAH SOLATNYA ?
    5 years ago
  • Ustaz Hazmi Dibok
    Khutbah Jumaat Minggu Ini
    12 years ago
  • Kuliah Ad-Deen
    Sila berkunjung ke Laman Baru
    14 years ago
  • Ustaz Zaharuddin
    Pelbagai Soalan Hukum Berkaitan Sekitar Masalah Seks
    14 years ago
  • Syaari Ab. Rahman
  • Laman Majlis Talaqi UIAM
  • Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi
  • Hilal Asyraf
  • Faisal Tehrani
Show 5 Show All

Taman Ilmu

Taman Ilmu

Media Alternatif

  • Siasah Daily
  • Malaysiakini
  • Harakah Daily
  • Tranungkite.net

Football Mania

  • Liverpool FC
  • Terengganu FC
  • Real Madrid CF
  • GanuSoccer.net

Al-Fatihah

Al-Fatihah

Min aina

Arkib

  • ►  2012 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2011 (33)
    • ►  December (1)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (3)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (3)
    • ►  February (5)
    • ►  January (4)
  • ►  2010 (33)
    • ►  December (2)
    • ►  November (5)
    • ►  October (4)
    • ►  September (1)
    • ►  July (2)
    • ►  June (6)
    • ►  May (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ▼  2009 (31)
    • ▼  November (1)
      • Kembara Ukhuwwah
    • ►  October (4)
      • Kehilangan
      • Supporting Muslim Product
      • Sebat Kerana Arak: Adilkah?
      • Jelajah 'Eidul Fitri
    • ►  September (3)
      • Salam 'Eidul Fitri 1430
      • Kegagalan Pertama
      • Menghampiri Penghujung
    • ►  August (1)
      • Salah Faham
    • ►  July (3)
      • Mahasiswa Dalam Masyarakat
      • Lembaran Baru Kehidupan
      • Semoga Bahagia di Sana (NABIL)
    • ►  June (3)
      • 10 Subjek SPM dan Kerajaan Perpaduan
      • Biasiswa/Pinjaman Pengajian ke Morocco
      • Semoga Cepat Sembuh!!!
    • ►  May (3)
      • Pildalcil - Pemilihan Da'ie Kecil
      • Nikmat yang Sering Dilupakan
      • Pembatalan Kunjungan Habib Umar
    • ►  April (4)
      • Asyik yang Mengasyikkan
      • Pengertian Sekeping Gambar
    • ►  March (3)
    • ►  February (4)
    • ►  January (2)
  • ►  2008 (2)
    • ►  December (2)
 
Copyright 2010 Sekadar Contengan All rights reserved. Powered by Blogger
Blogger Templates created by DeluxeTemplates.net